Budak jadi hamba seks bomoh durjana selama 15 tahun

Astro Awani
JAKARTA: Akibat terlalu percayakan bomoh, seorang kanak-kanak dikurung dan diperdaya menjadi hamba seks selama 15 tahun kepada seorang lelaki yang selayaknya dipanggil datuk.

Kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun telah mendapatkan rawatan di rumah bomoh berusia 68 tahun itu di wilayah Tolitoli pada tahun 2003.

Bomoh yang dikenali sebagai JG itu kemudian memperdaya kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai H itu dengan mendakwa bahawa tubuhnya dirasuk roh teman lelaki H yang bernama 'Amrin'.

Sebagai langkah rawatan, H perlu melakukan hubungan seks dengan 'Amrin' melalui JG, lapor Reuters.

Untuk tempoh 15 tahun berikutnya, H perlu melayani permintaan 'Amrin' yang disangka roh teman lelakinya.

Keluarga mangsa yang cuba mencari H diberitahu bahawa mangsa telah pergi ke Jakarta untuk bekerja.

Budak perempuan itu bagaimanapun berjaya diselamatkan polis selepas menerima tip daripada kakak mangsa sendiri yang kebetulan berkahwin dengan anak bomoh durjana itu.

Polis menemukan H yang sudah pun berusia 28 tahun pada Ahad di dalam hutan berhampiran kampung Bajugan, di wilayah Sulawesi Tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan