Kerusi Parlimen Anwar turut libatkan Wan Azizah, kata Rafizi

MALAYSIA DATELINE
Pengosongan kerusi Parlimen bagi memberi laluan kepada Presiden PKR (yang dipilih) Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun dibincangkan sebelum ini bersama beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dirinya dan beberapa pemimpin lain, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, perbincangan itu hanya melibatkan beberapa individu yang rapat dengan Anwar kerana memang dari segi operasi dan kempen parti itu selama ini, hanya mereka yang lebih rapat yang terlibat.

“Saya tidak akan sebut sesuatu yang melibatkan Datuk Seri Anwar dan Wan Azizah tanpa persetujuan mereka.

“Cuma ada keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua dan hanya akan dilakukan dengan beberapa orang di kalangan kami,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Jelajah Reformasi 20 tahun di Kompleks Dagangan Indera Mahkota malam tadi lapor Bernama.

Naib Presiden PKR Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyelar Rafizi kerana disifatkan mendahului Wan Azizah apabila mengumumkan akan ada kerusi Parlimen dikosongkan pada minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar sebagai persiapan untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-8.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan