Untuk pengatahuan Umno, PAS anggap kamu tu 'SESAT', jika tidak apakah yang dimaksudkan kembali kepada Islam?

'Anggota PAS perlu bantu Umno kembali kepada Islam'
Hariz Mohd
MUKTAMAR | Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin menasihatkan anggota PAS agar tidak melihat Umno sebagai musuh, sebaliknya membantu parti itu kembali ke landasan Islam.

Berucap dalam muktamar Dewan Ulama' PAS ke-57 di Terengganu hari ni, Hashim berkata anggota parti itu tidak boleh "bersikap keras" terhadap seteru politik yang beragama Islam, walaupun mengamalkan sekularisme dan rasuah pada masa lalu.

"Kita sedar sepenuhnya tentang kebobrokan politik yang pernah dilakukan oleh Umno sepanjang lebih 60 tahun menjadi kerajaan.

"Tetapi dengan jiwa daie yang ada pada kita, kita harus berusaha untuk memperbetulkan kefahaman pemimpin dan ahli Umno terhadap Islam dengan cara kita mendekati mereka.

"Kita tidak boleh melihat Umno dan ahli-ahlinya sebagai musuh, sebaliknya mereka adalah sasaran dakwah sehingga kita boleh mengembalikan mereka ke landasan Islam," katanya lagi.

Kata, PAS perlu memimpin penyatupaduan "ummah" berikutan perubahan dalam politik Malaysia yang telah "melemahkan" kuasa politik Islam.

Ia membuka ruang yang besar kepada pelbagai pihak untuk meminggirkan agama itu, katanya.

"Perpecahan umat Islam telah menjadi sebab kepada kelemahan ini. Dalam politik sahaja orang Melayu Islam mempunyai lima parti - PAS, Umno, PKR, BERSATU dan PAN (AMANAH).

"Ternyata keadaan ini sebenarnya mendesak PAS mengambil langkah penyatuan umat, termasuk kerjasama politik yang baru dengan Umno.

"Sejak dari awal kemenangan Pakatan Rakyat, kita sudah mendengar suara-suara songsang yang semakin lantang menghina Islam dan hukumnya, mendesak supaya Islam tidak diberikan tempat dalam kerajaan, menuntut supaya institusi Islam dihapuskan, menyebarkan fahaman sesat kepada umat Islam," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed memberitahu pemberita kerjasama rasmi antara PAS dan Umno akan mengambil masa untuk direalisasikan kerana sejarah perseteruan mereka.

"Sebenarnya kita tak merujuk kepada Umno saja tetapi kepada parti lain yang mahu (tegakkan) Islam. Apa yang penting adalah Islam dan Melayu sebab majoriti dalam negara ini Islam dan Melayu.

"Tetapi PAS dan Umno sudah lama bermusuh, lebih 60 tahun. Jadi perpaduan akan memakan masa. Tidak boleh (berjaya) dalam tiga bulan, enam bulan, setahun. (Perlu melalui) peringkat demi peringkat," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan