Bini 'out station', laki anjur pesta seks gay (Gambar)


Seramai 23 lelaki ditahan kerana terbabit pesta liar di Sunter Agung, Jakarta Utara.
JAKARTA - INDONESIA. Seorang lelaki dicekup Polis Metro Jakarta kerana menganjurkan pesta seks gay dan dadah di rumahnya di kawasan Sunter Agung, Jakarta Utara.

Polis menamakan lelaki terbabit sebagai DS dan pesta liar itu diserbu selepas mendapat maklumat daripada orang awam pada Ahad lalu.

Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Asisten Komisioner Arie Adrian berkata, pihaknya turut memberkas 22 lelaki serta merampas puluhan pil dadah jenis ekstasi dalam serbuan berkenaan.

"Rumah yang dijadikan sebagai lokasi pesta liar ini adalah milik peribadi DS.

"Difahamkan, DS sudah beristeri dan ketika serbuan isterinya tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan.

"Kebanyakan yang ditahan adalah kenalan di media sosial," katanya.

Tambah Arie, polis tidak membuat tuduhan liar berhubung pesta seks gay itu kerana semasa serbuan semua lelaki yang berada di rumah tersebut hanya memakai seluar dalam.

"Polis sedang menyiasat dari mana mereka mendapat bekalan pil tersebut. Apa pun, jika disabit bersalah, kesemua mereka berdepan hukuman sehingga 20 tahun penjara," katanya. - Tribunnews

Tiada ulasan:

Catat Ulasan