Kapal pesiaran mewah, Equanimity, dijual kepada syarikat Genting Malaysia Bhd (Genting), kata Jabatan Peguam Negara hari ini.
Dalam kenyataannya, kapal itu dijual pada harga AS$126 juta (RM514 juta).
"Mahkamah Admiralti di Kuala Lumpur hari ini meluluskan penerimaan tawaran daripada Genting untuk membeli Equanimity berdasarkan syarat dan terma ditetapkan," kata kenyataan itu
Kata jabatan terbabit bayaran berkenaan akan dikeluarkan pihak Genting dan diterima mahkamah menjelang akhir April ini.
Katanya harga itu adalah tawaran tertinggi diterima pihak kerajaan dalam tempoh lima bulan lalu sejak Equanimity ditawarkan untuk jualan pada Okt 2018.
"Banyak tawaran diterima sepanjang tempoh itu dengan sebahagiannya bernilai lebih AS$100 juta," kata Jabatan Peguam Negara.
Bagaimanapun, katanya, tawaran dikemukakan syarikat Genting adalah yang tertinggi.
"Ia diluluskan oleh mahkamah untuk diterima hari ini," kata kenyataan tersebut.
TLDM, polis terlibat kawal keselamatan
Dengan penjualan tersebut, ia menjadi perolehan semula terbesar dicatatkan kerajaan daripada usaha Putrajaya mendapatkan kembali wang yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejak langkah itu dimulakan lapan bulan lalu.
Menurut Jabatan Peguam Negara penjualan itu dianggap "sangat memuaskan, bersejarah dan menguntungkan dari aspek mendapatkan nilai terbaik dari harga pasaran."
Katanya jumlah pulangan kepada kerajaan Malaysia adalah baik kalaupun tidak lebih tinggi daripada jangkaan.
"Disebabkan tawaran itu dirundingkan secara langsung dengan kerajaan, tiada bayaran komisyen dibuat kepada mana-mana agensi, membolehkan Malaysia menjimatkan kira-kira AS$4 juta," katanya.
Jabatan Peguam Negara itu berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membenarkan kapal terabit dilabuhkan selama lima bukan di Langkawi.
Katanya kawalan keselamatan pula dilakukan secara bersama oleh TLDM dan Polis Diraja Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan