Boleh dikatakan semua orang yang bekerjaya ketika ini pastinya sudah memiliki kereta sendiri.
Ia umpama satu keperluan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Jadi apabila memiliki kereta sudah pasti anda akan berdepan dengan apa juga masalah dan kerosakan berkaitan kereta anda.
Dan antara bahagian dalaman kereta yang jarang rosak tetapi akan rosak adalah tingkap di pintu kereta.
Selalunya faktor kerosakan adalah disebabkan komponen dalaman sudah haus atau uzur seiring dengan usia kereta anda.
Masalah biasa yang akan berlaku adalah ia tidak dapat turun atau naik apabila diperlukan seperti contoh untuk mengeluarkan haba panas dalam kereta apabila ditinggalkan bawah panas terik matahari.
Selain itu, apabila rosak, ia akan tersekat di tengah bingkai pintu serta fungsinya tidak lancar seperti selalu.
1. Masalah fius
Cuba periksa bahagian fius. Anda boleh cuba gantikan fius yang lama dengan yang baru tetapi jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain.
Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas.
Peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas ataupun terbakar.
Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.
2. Voltan elektrik & suis tingkap
Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa.
Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru.
Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.
3. Motor & regulator
Jika sudah memeriksa arus elektrik & suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda.
Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Alat yang lemah mesti diganti baharu.
Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa.
Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.
Akhir sekali jika segalanya sudah ditukar tetapi masih tidak berfungsi, cuba bawa ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik yang lebih pakar dalam isu ini.
Sumber: maskulin.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan