Harga siling topeng muka RM2 terlalu tinggi - Ismail Sabri
B Nantha Kumar
Hanya dua hari selepas Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan harga siling topeng penutup hidung dan mulut dinaikkan, langkah itu kini dibatalkan kerajaan kerana dianggap terlalu tinggi.
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata perdana menteri sendiri tidak bersetuju dengan langkah tersebut.
"Harga siling topeng yang ditetapkan sebanyak RM2 adalah terlalu tinggi. Jadi, perdana menteri (Muhyiddin Yassin) juga tidak bersetuju dengan harga yang terlalu tinggi tersebut," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
KPDNHEP pada 20 Mac lalu juga mengumumkan larangan mengeksport topeng penutup hidung dan mulut bagi meningkatkan bekalan bahan berkenaan di Malaysia.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi, berkata ia juga untuk menggalakkan peniaga mengimport serta menghasilkan topeng muka dalam keadaan mereka boleh menjualnya pada harga yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, Nanta berkata, topeng tiga lapis asalnya berharga 80 sen setiap satu namun ia boleh dijual pada harga RM2.
"Kita melihat ini sebagai satu langkah untuk menangani kekurangan topeng muka," katanya.
Ismail Sabri berkata mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan akan membincang semula harga siling bahan itu esok.
"Esok kita berbincang untuk melihat semula dari segi harga, kalau ianya diturunkan ke paras yang rendah ditetapkan peringkat awal lagi," katanya.
Menurut menteri kanan itu, tidak ada sebab untuk pembekal topeng muka menaikkan harga kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk menghapuskan duti import bagi pembelian produk tersebut.
"Jadi, esok kita akan putuskan dari segi harga tersebut dan harap harga dikurangkan," katanya.
Sementara itu, beliau turut berkata kerajaan menempah 10 juta pelindung hidung dan mulut dari China.
"Sekarang dalam proses pembelian dari China. Dibeli dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan," kata beliau sambil menambah keutamaan pengedaran pelindung hidung dan mulut ini adalah kepada petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam usaha mengekang Covid-19.
"Selebihnya akan diagihkan di kawasan yang risiko tinggi dan kalau masih ada baki akan ditentukan oleh kerajaan bagaimaca cara agihan," tambahnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan