PETALING JAYA: Polis menahan seorang anggotanya yang berpangkat inspektor pada Sabtu atas dakwaan merogol 2 wanita Mongolia di sebuah hotel di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihak berkuasa menyelamatkan 2 wanita berusia 20 dan 37 tahun itu semalam.
“Suspek berusia 30 tahun direman 5 hari mulai hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas dakwaan rogol.
“Kami juga akan memohon perintah perlindungan interim daripada mahkamah untuk 2 mangsa itu yang kini di bawah jagaan unit jenayah seksual D11 kami.”
Nik Ezanee berkata, polis akan menjalankan siasatan secara adil ke atas dakwaan rogol itu.
Katanya, rakan 2 wanita itu yang juga warga Mongolia membantu polis dalam proses mengambil keterangan kerana kedua-dua mangsa tidak tahu berbahasa Inggeris atau Melayu.
Dua wanita Mongolia itu dilaporkan ditahan di sekatan jalan pada Jumaat malam lalu. Kedua-duanya ditahan seorang anggota polis yang mendakwa mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Anggota itu didakwa membawa 2 wanita terbabit ke sebuah hotel di mana dia dituduh merogol mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan