SITI NUR ZAWANI MISCON
Khalid bersama Malaysia Dateline dalam aplikasi Zoom.
Kerajaan ‘tebuk atap’ diketuai Muhyiddin seolah-olah tiada strategi untuk mencari kaedah terbaik bagi melonggarkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas terus memperketatkannya sehingga 28 April depan.
Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan kerajaan yang mengumumkan beberapa industri tertentu dibolehkan beroperasi sepanjang tempoh tersebut menggambarkan Menteri-Menteri Kabinet sebenarnya ‘tidak tahu apa-apa’.
Malah menurutnya, tindakan kerajaan yang hanya mengambil kira sektor kelangsungan ekonomi, meletakkan nyawa rakyat dalam ancaman yang mengharapkan keselamatan dan kesihatan mereka dijaga.
“Mereka dah kenakan PKP, tapi tak tahu macam mana kaedah nak longgarkan semula. Keputusan dibuat seolah-olah atas kepentingan ekonomi, langsung tak ambil kira keadaan ancaman Covid-19 yang melanda.
“Kebenaran menjalankan aktiviti ekonomi tanpa mengambil kira trend jangkitan di kawasan terlibat, memperlihatkan pihak kerajaan macam tak berapa tahu.
“Bila rakyat dengar, pasti rakyat tak selesa kerana bimbang nyawa terancam,” katanya secara langsung dalam eksklusif bersama Malaysia Dateline menerusi aplikasi Zoom, hari ini.
Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan, kerajaan sepatutnya mengimbangi kepentingan ekonomi dengan membenarkan aktiviti perniagaan hanya dijalankan dalam zon selamat yang tiada kadar jangkitan aktif.
Menurutnya, dalam keadaan kerajaan tidak mengklasifikasikan secara terperinci berhubung trend jangkitan’ di sesuatu mukim, kegiatan ekonomi tidak seharusnya dibenarkan.
“Ini persoalan yang timbul. Atas dasar apa (membenarkan berniaga). Tak kan atas dasar ekonomi semata-mata tanpa mengambil kira soal jangkitan.
“(Sememangnya) ada kegiatan ekonomi yang perlu dijalankan. Maka dengan itu perlu ada kaedah dan pendekatan yang khas. Kena rujuk pada kadar jangkitan bukan keadaan jangkitan dalam kawasan.
“Saya rasa kerajaan tak begitu tepat dalam soal pendekatannya kerana nak sama ratakan semua sedangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah beza-bezakan, tapi mereka tak guna data KKM sebagai polisi,” kata Khalid lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan