SITI NUR ZAWANI MISCON
Susulan pertemuan empat mata antara Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, beberapa pihak mula membuat jangkaan bahawa perselisihan dalam Pakatan Harapan Plus berhubung calon Perdana Menteri akhirnya selesai.
Ia selepas Anwar Ibrahim melalui hantaran Facebooknya memuatnaik gambar dengan bekas Menteri Pertahanan itu berserta kapsyen ‘setia kawan tidak boleh dijual beli’.
Bagaimanapun, Malaysia Dateline ketika menghubungi Setiausaha Politik Mohamad Sabu, memberitahu beliau tidak mempunyai maklumat berkenaan hasil perbincangan antara dua pemimpin Pakatan Harapan itu.
Katanya, ia hanyalah pertemuan empat mata dan Mohamad pergi bersama pemandu tanpa ditemani pegawai lain.
Sebelum ini, AMANAH melahirkan tekad untuk terus menjadi orang tengah dan menjadi pendamai semua pihak khasnya antara Pengerusi Pakatan Harapan itu dan juga Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara tindakan yang dilakukan adalah dengan menghantar sahabat rapat Anwar yang juga Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ahmad Awang dan Datuk Wira Abdul Ghani Shamsuddin untuk bertemu dan berbincang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan