FAZLI RADZI
Tun Dr Mahathir Mohamad pernah bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum kemudiannya hendakkan semula jawatan itu.
Dakwaan Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu tersebut dipetik dari Mingguan Malaysia hari ini.
Menurutnya, pada 28 Februari lalu, Mahathir memberitahunya beliau hanya mendapat 66 perakuan Akuan Bersumpah (SD) daripada ahli-ahli Parlimen.
“… fakta yang dipersembahkan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Kalau dengan keadaan itu, katanya, biarlah Tan Sri Muhyiddin terus jadi Perdana Menteri.
“Selesai… saya (Rais) keluar bilik itu dan kemudian menyampaikannya kepada Muhyiddin melalui emissary (wakil) yang terdekat.
“Malang, keesokannya juga Dr. Mahathir dilaporkan hendak semula jawatan Perdana Menteri,” katanya.
Sehubungan itu, Rais mengakui beliau hilang cara logik untuk berinteraksi malah seolah-olah mati akal dengan perubahan mengejut Mahathir.
“Itulah bukti bahawa Dr. Mahathir boleh tukar pendirian atas sesuatu hal yang begitu penting.
“Mula-mula setuju melepaskan posisi Perdana Menteri kepada Muhyiddin. Kemudian beliau tukar pendirian.
“Saya tidak mengerti bagaimana bertukarnya proses pemikiran Perdana Menteri interim kita itu selepas 28 Februari,” kata bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan