Kedudukan Muhyiddin: Kami sedang bincangkan, kata Hishammuddin

Kow Gah Chie & B Nantha Kumar

Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein berkata ahli parlimen BN sedang membincangkan sama ada Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan mengisytiharkan darurat.

Ditemui di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini dia berkata demikian semasa ditemui media dan ditanya sama ada Muhyiddin wajar metelak jawatan.

Anggota parlimen BN mengadakan pertemuan tertutup di situ sejak jam 1 petang tadi.

Ditanya sama ada BN masih bersama Perikatan Nasional (PN), Hishammuddin yang juga menteri luar dilantik Muhyiddin berkata hal itu yang menjadi isu diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Itulah sebab kita bincangkan. Saya mahu dengar pandangan BN," katanya.

Ahli parlimen Sembrong itu juga berkata dia tidak tahu sama ada Umno masih menyokong kerajaan PN.

"Saya tidak tahu kita tunggu mesyuarat Umno dulu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan