Ahli Parlimen Gerik Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub, Pahang petang ini.
Bernama memetik Adun Temenggor Salbiah Mohamed sebagai mengesahkan perkara itu.
Dia berkata pemimpin Umno Perak yang berusia 63 tahun itu, disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Raub, Pahang.
Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad juga mengesahkan berita tersebut.
Minggu lalu, Hasbullah dipilih sebagai antara satu wakil kerajaan Perikatan Nasional dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
Hasbullah, adalah bekas setiausaha politik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dilantik sebagai pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd.
Pada pilihan raya umum 2018, dia mengalahkan calon PAS dan Bersatu dengan majoriti 5,528 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan