Netizen kecam persidangan ‘ulamak Pas sedunia’

FAZLI RADZI

Netizen kecam persidangan ‘ulamak Pas sedunia’

Rata-rata warganet mengecam persidangan atas nama ‘kesatuan ulama Islam sedunia’ anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Reaksi orang ramai itu dapat dilihat menerusi komentar awam susulan hebahan Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di Facebook miliknya hari ini.

Melihatkan barisan pembentang ucaptama, ramai berpendapat persidangan secara dalam talian bertemakan “Ulama Penggerak Sosio-Politik Ummah” itu tidak lebih hanya persidangan ulama Pas bukan ulama dunia seperti dicanang.

Ada juga yang menempelak menganggap poster persidangan pada 24 dan 25 Februari itu seperti program ceramah Pas yang kini sebahagian daripada kerajaan hilang majoriti Perikatan Nasional (PN).

Membariskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam senarai teratas pembentang ucaptama, Ahli Parlimen Marang itu dinamakan atas kapasiti sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf Menteri.

Hanya empat tokoh dari luar negara iaitu dari negara jiran Indonesia, Ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera, Salim Segaf al-Jufri yang juga cucu dari ulama besar Palu, Sayyid Idrus Salim Aljufrie.

Tiga pembentang lagi ialah Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Prof Dr Ahmed al-Raissouni dari Morocco; Ketua Parti Saadat, Temel Karamollaoglu dari Turki serta Ahli Jamaah Ikhwanil Muslimun, Prof Dr Kamal Helbawy.

Webinar anjuran bersama Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) itu juga menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap Naib Presiden Pas.

Tidak ketinggalan Nasrudin sendiri sebagai salah seorang pembentang ucaptama dalam persidangan yang mengenakan bayaran RM50 untuk peserta dari organisasi dan RM20 untuk pelajar itu.

Hanya seorang ahli akademik tempatan dari tuan rumah mengisi senarai lapan pembentang ucaptama tersebut iaitu Prof Madya Dr Jaffary Awang dari Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan