Seorang lagi menteri positif Covid-19

FMT Reporters

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, Rina dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh 11 pagi tadi.

“Ia bagi membolehkan pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan