Kanak-kanak meninggal didera, Siti Zailah sibuk bela kambing

SITI NUR ZAWANI MISCON

Semalam ada satu kes seorang kanak-kanak meninggal dunia disyaki didera kerana terdapat kesan kecederaan pada tubuhnya.

Di mana berita kematian kanak-kanak berusia 7 tahun itu sangat menyayat hati sehingga ramai dalam kalangan netizen melahirkan simpati terhadap kanak-kanak yang bernama Amir, rata-rata warganet berkongsi kisah duka kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Timbalan Menteri Wanita Datuk Siti Zailah Yusoff pula dikatakan sedang sibuk membantu menyelesaikan masalah rakyat dengan membeli kambing biri-biri.

Seorang netizen yang dikenali sebagai Shah mempersoalkan keutamaan tugas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat itu.

“Dah kenapa timbalan menteri ni begini??? Makin teruk aku tengok dah tak kenal prioriti tugas.

“Berkebun pakai tudung baju cantik dan kasut kilat pejabat seqodar nak show off.

“Selesaikan masalah kambing berkeliaran dok beli dan letak di kandang.

“Kes keluarga bunuh kejam anak langsung tak keluar suara walau di portfolio dia. Mampuihlah hangpa dok keja makan gaji buta,” tulis Shah yang turut meletakkan tanda #BilaPasDiberiKuasa.

Terdahulu, dalam hantaran Siti Zailah mengatakan dia berjaya menyelesaikan permasalahan penduduk kampung berhubung isu kambing biri-biri.

Netizen turut menyindir Siti Zailah yang sewaktu ketika dahulunya lantang persoal keadilan untuk arwah Muhammad Adib akhirnya hanya ‘membela’ kambing.

“Ingatkan dah jadi menteri nak bela arwah Adib, rupanya bela kambing,” ciap @aiamDeen yang menyertakan tangkap layar kenyataan Siti Zailah di Facebook.

Bagaimanapun, carian posting berkenaan di halaman Facebook rasmi beliau, tidak dijumpai.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu, sebelum ini antara yang mendesak agar Pakatan Harapan (PH) menyegerakan kes Adib agar mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan, selain mempersoalkan keberadaan individu-individu yang dikaitkan dengan kematian anggota bomba itu.

Isu arwah Adib pernah menjadi isu kontroversi ketika pentadbiran PH pada 2019.

Netizen juga menyindir, timbalan menteri Perikatan Nasional (PN) telah berjaya menyelesaikan masalah yang begitu besar.

“Besar sangat masalah yang diselesaikan ini,” tulis @ikhwanazim_

“Rakyat suruh bela keadilan, dia pergi bela kambing pula,” tulis pengguna akaun @zuannnnnnnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan