Neelofa, suami, 20 ahli keluarga kena kompaun RM60,000

image placeholder

Usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20,000.00 kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata usahawan itu dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April.

Neelofa juga didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan.

Gambar kontroversi Neelofa dan suami  bercuti di Langkawi ketika sekatan rentas negeri dilaksana

Tiada diskaun dibenarkan untuk menyelesaikan kompaun itu, kata polis.

Suami Neelofa, Muhammad Haris Mohd Ismail pula dikompaun RM10,000.00, juta tanpa diskaun, atas kesalahan melanggar kebenaran rentas negeri.

Manakala 20 orang anggota keluarga Neelofa yang hadir dalam majlis perkahwinan itu dikompaun masing-masing RM1,500 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal.

Mohamad Zainal berkata kesemua kompaun dikeluarkan hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM60,000.00.

“Justeru, pihak PDRM menasihati orang ramai supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kegagalan mematuhi perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah peruntukan undang undang yang masih berkuat kuasa,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan