FMT Reporters
PETALING JAYA: Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz, menyelar dua pelantikan baharu jawatan menteri hari ini yang disifatkan “sangat mengecewakan”.
Mengulas perkara itu, Rafidah berkata kerajaan “pintu belakang” sibuk menaikkan pangkat sesama mereka, tatkala rakyat berdepan banyak isu besar kesan pandemik Covid-19.
“Saya amat kecewa, dalam pada pandemik ini menyebabkan pelbagai kesan berpanjangan kepada rakyat terutama dari ekonomi, pendidikan dan kesihatan mental, kerajaan ‘pintu belakang’ sibuk memberi kenaikan pangkat.
“Pelantikan itu tidak sekelumit pun akan memperbaiki prestasi buruk (kerajaan menangani pandemik).
“Sekali lagi politik yang paling penting bagi mereka, bukan rakyat atau negara. Apakah ini satu keutamaan?” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Keselamatan.
Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan