‘Tak perlu IC, saya ingat semua tentang awak’



TANGKAP layar pengguna Twitter berkongsi cerita mengenai seorang wanita yang tular selepas berjumpa bekas suami di pusat pemberian vaksin.

PETALING JAYA: Seorang pengguna Twitter @Amrlamnnn menceritakan mengenai seorang wanita yang tidak menyangka dapat berurusan di kaunter pendaftaran di sebuah pusat pemberian vaksin yang dijaga bekas suaminya.

Menurut @amrlamnnn, ‘babak’ paling menarik adalah ketika wanita berkenaan bertanyakan sama ada dia perlu menunjukkan kad pengenalan untuk urusan pendaftaran.

Bekas suaminya kemudian menjawab: “Tak perlu, saya ingat semua tentang awak”.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, rata-rata netizen merasa sebak melihat pertemuan bekas pasangan suami isteri itu yang tetap baik bergurau walaupun sudah tidak lagi bersama.

-Utusan online 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan