Agong terima perletakan jawatan Muhyiddin

Malaysiakini 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat perletakkan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan jawatan seluruh jemaah menteri dengan serta-merta berkuatkuasa hari ini.

Susulan itu, Seri Paduka juga berkenaan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri ‘caretaker’ sehingga perdana menteri baru dilantik.

"Susulan daripada peletakan jawatan ini, Seri Paduka telah berkenan supaya Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md Yasin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baru dilantik," kata kenyataan yang dikeluarkan istana sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan