Tiba masa Adun Bersatu hantar SD kepada Sultan Johor untuk tolak Hasni

HARUN ZAKARIA

Beberapa Adun Bersatu dari Johor yang mahu menolak Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Hasni Mohammad sebagai MB negeri itu sudah boleh memikirkan untuk menghantar surat kepada Tuanku Sultan Johor. Ini akan membuktikan lagi keabsahan majoriti yang dimiliki Hasni ketika ini.

Boleh ikutlah cara Ahli Parlimen di peringkat pusat yang membawa surat akuan menolak kepimpinan Mahiaddin atau Din Pagoh anak kiyai Yassin itu. Kalau berani, Adun Bersatu boleh cuba bawa perkara tersebut.

Selain usul percaya MB Johor, menghantar surat akuan juga boleh dijadikan sebagai satu indikator untuk menyatakan hasrat mereka. Kalau tidak dilakukan, jelaslah selama ini Adun Bersatu itu hanya ‘bikin gempak’ sahaja.

Setakat ini, maklumat yang diperolehi masih tidak ada lagi sebarang usul yang dihantar untuk mengadakan usul undi percaya kepada Hasni. Bagaimana boleh dilakukan usul sekiranya tidak ada permohonan untuk membahaskan usul tersebut.

Bagi Pakatan Harapan pula, mereka sememangnya menolak kepimpinan Hasni namun kalau dihitung masih tidak mencukupi yakni hanya ada 27 undi yang menolak selama ini. Tetapi apa yang penting adalah sokongan tambahan dari Adun yang kononnya marah drama sendiri dalam kalangan pemerintah.

Bagaimana keabsahan ini boleh terlaksana sekiranya tidak ada langsung usul yang akan dibawa? Pastinya Hasni pun sudah mengenali rakan mereka dari Bersatu di Johor ini yang hanya seperti tin kosong, kuat bunyinya kosong isinya.

Kalau dilihat, PH dan Umno pun sudah tahu porak peranda yang cuba dilakukan dan semuanya hanya demi kepentingan peribadi. Ada seorang dari mereka nak jadi MB Johor semula, ada yang nak jadi Exco, ada nak pegang GLC dan pelbagai lagilah jawatan terliur di negeri ini.

Semuanya hanya sandiwara yang mahukan jawatan dalam negeri ini. Namun bila perundingan bersama PH tidak berjaya, mereka bergentayangan tidak tahu ke mana arah nak dituju. Inilah hakikat semangat Adun-Adun Bersatu tersebut.

Bila Din Pagoh anak kiyai Yassin datang berbisik kata-kata hikmah harga diri, pastinya tertutup semula suara mereka. Masih diingat lagi suara salah seorang Adun Bersatu yang membisikkan kepada seorang Adun PH dengan menyatakan ‘buat penat membangkang lebih baik ambil peluang untuk cari makan’. Sedih bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan