NASUHA RAHMAN
Tindakan pelampau Hindu semakin kritikal apabila bertindak sembelih imam di dalam masjid di India, bagi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) negara Islam tidak harus menjadi penonton pasif terhadap senario yang berlaku ini.
Pengerusi Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ini adalah siri jenayah yang terang-terangan dilancarkan keatas Muslim di India yang terus meningkat sejak kerajaan BJP memerintah pada 2014.
Katanya, tren keganasan disasar ke atas Muslim di India kelihatan semakin meningkat dan kritikal serta mengarah kepada jenayah genosid.
“Kerajaan BJP tidak serius membendung jenayah kebencian keatas warga Islam di India yang menyebabkan golongan fanatik Hindu berani melakukan jenayah kejam yang disasar kepada kaum Muslimin.
“Insiden jenayah menyerang dan membunuh orang Islam di India akibat kempen membenci Islam dan Muslim nampaknya tidak dibendung oleh kerajaan BJP , malah pelaku jenayah dilindungi.
“Warga Muslim di India kini menjadi musuh negara nombor satu. Seluruh institusi negara India seperti kerajaan tempatan , polis , mahkamah , parlimen , media perdana , agensi siasatan , kini diguna untuk menindas orang Islam,” katanya dalam kenyataan.
Justeru beliau mendesak kerajaan India segera menghentikan kempen Islamofobia dan membiarkan golongan esktrimis Hindu meneruskan agenda Hindutva yang menjadi ideologi membenci penganut agama minoriti , terutama Islam di India.
Keganasan menyerang rumah , keluarga , premis kedai , institusi pendidikan serta masjid Muslim semakin berleluasa di India.
Mohd Azmi berkata, India yang kononnya digahkan semakin negara demokrasi terbesar didunia ternyata menjadi negara paling autokratik terhadap golongan minoriti.
“Kini kaum Muslim dianggap musuh utama warga India. Semua tanda menunjukkan kerajaan India kini menyokong jenayah genosid terhadap orang Islam.
“Jika senario terkini di India dibiarkan , perhubungan diplomatik dengan India adalah suatu hipokrasi bila negara-negara Islam terus menjalinkan hubungan dengan India sedangkan umat Islam di India diancam secara ganas,” ujarnya lagi.
Pelampau Hindu di India terus mencetuskan jenayah perkauman mereka apabila seorang imam masjid di bandar Siwan maut disembelih ketika tidur.
Imam tersebut, Muhammad Safi maut dibunuh ketika waktu subuh pada hari Jumaat, 10 Jun lalu apabila beberapa pelampau Hindu menyerang dan menyembelihnya dengan pisau sewaktu beliau sedang tidur di Masjid Khalispur, bandar Siwan.
Imam tersebut ditemui mati berlumuran darah ketika orang ramai datang ke masjid untuk kerja pembersihan.
Berikutan kejadian itu, laman sosial Twitter dibanjiri hashtag #JusticeForSiwanMaulvi, #HindusTerrorism dan #India di mana mereka menuntut satu penyiasatan adil terhadap pembunuhan imam tersebut yang sehingga kini pelakunya masih belum ditangkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan