Anak terkejut temui mayat bapa sudah berulat

AZMI NORDIN

Anggota bomba mengeluarkan mayat yang sudah terperosok di bawah antara katil dan almari kabinet di Blok D PPR Batu Muda Jinjang Utara, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Terkejut seorang anak apabila pulang ke rumah lalu menemui mayat bapanya yang sudah berulat di rumahnya di Blok D, PPR Batu Muda Jinjang Utara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan mengenai mangsa yang berusia 77 tahun itu melalui anak perempuannya sekitar pukul 2.09 pagi.

Menurut Eng Lai, anak mangsa telah menerima panggilan daripada jiran memaklumkan bahawa bapanya sudah dua hari tidak keluar dari rumah.

“Siasatan mendapati, si mati berada di bilik utama dan terlentang di tepi katil dikelilingi longgokan sampah.

“Pihak bomba dipanggil untuk mengeluarkan mayat kerana sudah terperosok di bawah antara katil dan almari kabinet,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

katanya, tiada kesan cedera ditemui di tubuh simati manakala keadaan mayat sudah busuk dan berulat disyaki telah meninggal melebihi tempoh 24 jam.

“Pasukan Forensik Polis Kuala Lumpur juga hadir dan mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan