YouGov U.K: PH akan dapat undi terbesar

Malaysiakini

Tiada pemenang yang jelas dalam pilihan raya umum kali ini, menurut rumusan Gergasi penyelidikan pasaran yang berpangkalan di United Kingdom YouGov.

Bagaimanapun, tinjauannya antara 8 hingga 14 November lepas mencadangkan Pakatan Harapan akan memperoleh undi paling besar, iaitu 35 peratus.

Ini akan diikuti oleh Perikatan Nasional (20 peratus) dan BN (17 peratus).

Menurut YouGov, tinjauan atas talian itu melibatkan 2,687 orang, yang dipilih berdasarkan “teknik persampelan aktif” oleh “panel atas talian” mereka.

Responden terdiri daripada pelbagai had umur, jantina, kaum, taraf pendidikan dan kawasan pilihan raya.

YouGov berkata Muhyiddin Yassin menerima tanggapan positif 33 peratus responden, diikuti oleh Anwar (29 peratus) dan perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob (22 peratus).

Presiden PAS Abdul Hadi Awang pula mendapat 16 peratus manakala Dr Mahathir Mohamad daripada Parti Pejuang Tanah Air pula mendapat 14 peratus.

Berdasarkan isu pula, kos sara hidup dianggap paling penting dengan 51 peratus, diikut oleh integriti kerajaan (38 peratus).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan