Top 10 Menteri Pilihan Rakyat: Anthony teratas, Anwar kedua

MUKHRIZ MAT HUSIN

Keratan akhbar muka hadapan Sinar Ahad bertarikh 26 Februari 2023.

Keratan akhbar muka hadapan Sinar Ahad bertarikh 26 Februari 2023.

SHAH ALAM - Kaji selidik berhubung tinjauan rakyat telah menyenaraikan 10 menteri paling rakyat berpuas hati sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke merupakan menteri pilihan yang paling rakyat berpuas hati dengan kadar penarafan 49 peratus berdasarkan kaji selidik tinjauan rakyat melibatkan jemaah menteri di negara ini.

Anwar yang juga Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menduduki tangga kedua pilihan rakyat dengan kadar penarafan sebanyak 40 peratus diikuti Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (39 peratus); Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming (34 peratus) serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (33 peratus).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan