KOSMO!
Seorang wanita (kiri) berbogel selepas mendapati kekasihnya menipu dirinya di Jiangsu pada 17 April lalu. - Foto Sanook
BEIJING – Seorang bakal pengantin di China berbogel di tengah jalan raya yang sibuk selepas mendapati tunangnya berlaku curang, lapor portal berita Thaiger semalam.
Insiden yang menarik perhatian itu berlaku pada 17 April lalu di wilayah Jiangsu.
Orang ramai yang lalu lalang terkejut, cemas dan bingung melihat wanita muda itu berdiri di tengah jalan raya tanpa seurat benang.
Dia kelihatan sangat tertekan, bingung dan tidak dapat mengawal tindakan serta kata-katanya.
Kisah di sebalik tindakan melampau wanita itu sangat menyayat hati.
Dia menjalin hubungan cinta dengan tunangnya selama bertahun-tahun tanpa menyedari kecurangan lelaki itu. Mereka merancang untuk berkahwin pada 1 Mei ini.
Sebelum acara besar itu berlaku, wanita muda itu secara tidak sengaja mendapati tunangnya telah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain sejak sekian lama.
Lelaki itu juga menggunakan wang mangsa untuk menyokong kehidupan perempuan simpanannya dan juga memandu kereta yang dibelinya baru-baru ini.
Akhirnya, dengan bantuan polis tempatan, wanita muda itu bersetuju untuk beredar dan pulang ke rumahnya. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan