Kahwini remaja 16 tahun, pemimpin ini siap bagi jawatan kerajaan pada ibu mentua

WAN SITI AMINAH

Berusia 65 tahun, seorang lelaki bergelar Datuk Bandar sedang dikritik hebat kerana mengahwini gadis berumur 16 tahun.

Lebih memburukkan keadaan, Datuk Bandar Araucaria, Parana, Brazil itu didakwa memberikan jawatan dalam kerajaan kepada ibu mertuanya.

Sehari sebelum berkahwin, Hissam Hussein Dehaini melantik wanita itu sebagai Setiausaha Kebudayaan bandar Araucaria.

Majlis perkahwinan Hissam yang dihadiri keluarga terdekat.

Mendiamkan diri sejak mendirikan rumah tangga, Hissam akhirnya meletak jawatan setelah menerima kecaman rakyat.

Bagaimanapun, Pejabat Pendakwa Raya Parana (MPPR) tidak akan menghentikan siasatan mereka terhadap Hissam.

Hal ini bagi menyiasat sama ada Hissam menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk melantik ahli keluarga sendiri.

Hissam sebelum ini dilaporkan mengahwini ratu cantik, Kauane Rode Camargo dalam satu majlis sederhana pada April lalu.


Baru sahaja menyambut hari jadi ke-16 beberapa hari sebelum majlis berlangsung, Kauane merupakan isteri ketujuh Hissam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan