Anggota polis dicekup cuba rogol remaja di stesen minyak

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang anggota polis direman lima hari kerana didakwa cuba merogol seorang remaja perempuan di sebuah stesen minyak di Ipoh, Perak, semalam.

Kejadian didakwa berlaku di tandas stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak pada kira-kira 2.30 pagi, menurut laporan dibuat mangsa berusia 19 tahun itu.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, berkata siasatan mendapati suspek seorang anggota polis berusia 23 tahun yang berkhidmat di IPD Batu Gajah, Perak.

Katanya, suspek ditangkap susulan laporan oleh mangsa dan perintah reman terhadapnya diperoleh bermula hari ini sehingga 22 Jun untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan (kerana) cubaan rogol,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pihak polis memandang serius integriti dan tingkah laku anggotanya, serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan