WAN SITI AMINAH
Tular media sosial, wujud golongan ibu bapa yang enggan meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam dokumen pendaftaran kelahiran anak.
Antara alasan yang diberi adalah untuk memudahkan urusan rasmi ketika berada di luar negara seperti mengisi borang dan sebagainya.
Jabatan Pendaftaran juga tidak mengenakan sebarang syarat yang mewajib ibu bapa untuk meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dalam nama anak.
Wujud perbalahan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tampil menjelaskan isu berkenaan dari segi syarak.
Walaupun amalan membuang ‘bin’ dan ‘binti ini sah dari perspektif undang-undang, namun ia amatlah penting dari segi syarak.
Dikira sebahagian daripada ʻuruf (adat setempat), sudah menjadi norma masyarakat Malaysia muslim untuk meletakkan ‘bin’ dan ‘binti’ pada nama anak.
Bagi menjaga sistem sosial masyarakat, nasab dan keturunan merupakan perkara yang perlu dipelihara terutama dalam konteks Islam.
Mengelirukan susur galur keturunan, amalan ini juga boleh menimbulkan fitnah dan masalah dalam pembahagian harta pusaka kelak.
Amalan ini juga dikhuatiri bakal disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab terutama mereka yang mempunyai niat jahat.
“Sebagai contoh, tanpa ‘bin’ atau ‘binti’ seseorang mampu membuat helah untuk menyembunyikan status anak angkatnya.
“Sedangkan sebagai seorang Muslim, wajib menisbahkan anak angkat itu kepada bapa kandungnya.
“Islam begitu menjaga nasab dan keturunan kerana ia merupakan salah satu daripada maqasid syariah yang lima.” Katanya.
Penjelasan itu dijawab di Bayyan Linnas Siri Ke-267 yang dimuat naik di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan