KOSMO!
Wanita itu melempar pisang ke arah penghutang. - Instagram
JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita membaling pisang ke arah wanita lain yang sedang menari di atas pentas kerana dikatakan tidak membayar hutang, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video yang dirakam di sebuah majlis itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.
Seorang wanita berbaju hijau pada awalnya kelihatan berbual dengan seorang lelaki dalam keadaan marah sambil memandang pentas.
Sementara itu, kelihatan dua wanita sedang menari berhampiran seorang penyanyi.
Tiba-tiba, wanita itu mencapai sebiji pisang di atas meja dan menuju ke pentas sebelum membalingnya ke arah wanita bertudung yang sedang menari.
Walaupun dimaki wanita tersebut, tiga orang yang berada di pentas kelihatan ketawa dan meneruskan aktiviti mereka.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Wanita itu berjoget supaya tidak pening memikirkan hutang,” komen seorang netizen. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan