Malaysiakini
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dipertikai kerana melaporkan terus kes melibatkan menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu Khairuddin Abu Hassan berkata Azam tidak sepatutnya berbuat demikian kerana Anwar merupakan musuh politik Muhyiddin.
“Sebab itu saya kata Azam Baki seorang Ketua pesuruhjaya SPRM yang tidak layak memimpin SPRM.
“Nampak sangat Azam Baki tidak profesional serta ‘kaki bodek’ PMX!” kata pendukung kuat kempen yang diasaskan oleh bekas perdana menteri Mahathir Mohamad itu.
Anwar dalam ceramah di Paroi, Negeri Sembilan malam tadi mendedakan Azam menelefonnya dan memberitahu menantu Muhyiddin, Muhammad Adlan Berhan, ingkar janji untuk kembali ke tanah air selepas dibenarkan keluar negara.
SPRM memburu Adlan dan individu bernama Mansoor Saat bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan dalam projek biometrik pekerja asing.
Dalam kenyataan sebentar tadi, Khairuddin mengingatkan SPRM supaya tidak dijadikan sebagai “ejen untuk mengenakan mana-mana musuh politik” bagi pihak pemimpin kerajaan.
“Dalam isu ini saya juga ingin merafak sembah pada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk memerhati sedikit perilaku tidak bermoral Azam Baki ini.
“Kenapa Azam Baki harus menelefon PMX khususnya mengenai kes siasatan yang melibatkan musuh politiknya?
“Reputasi Azam Baki dan SPRM sudah lama mengalir ke ‘longkang’,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan