Agensi
Jakarta: Gara-gara percayakan bomoh yang mendakwa boleh mengubati untuk mendapatkan zuriat selepas 12 tahun tidak hamil, seorang suri rumah di Indonesia akhirnya menjadi mangsa rogol dukun itu.
Kompas melaporkan Ketua Polis Daerah Indragiri Hulu Dody Wirawijaya berkata, polis sudah menahan suspek dinamakan DDS, 47, semalam.
Beliau berkata, mangsa dinamakan SBT, 34, sudah 12 tahun berkahwin dan belum mempunyai anak itu, menemui suspek sebagai ikhtiar untuk hamil.
"Suspek mencabul mangsa dengan mendakwa sebagai bomoh yang boleh membantu mangsa mendapatkan zuriat.
"Suspek merogol mangsa sebanyak 20 kali sejak Februari 2021 dan kini mangsa hamil tujuh bulan. Kali terakhir mangsa dirogol dukun itu, pada penghujung Julai lalu.
"Pada awalnya mangsa dan suaminya menemui suspek yang dikenali sebagai bomoh untuk mendapatkan rawatan. Namun pada rawatan susulan mangsa pergi ke tempat suspek seorang diri kerana suaminya bekerja," katanya.
Dody berkata, selepas beberapa kali menjalani rawatan, suspek menawarkan 'perlindungan diri' berupa cincin dan kain yang kononnya didoakan dengan harga upah sebanyak 2.1 juta rupiah (kira-kira RM612)
Katanya, suspek memberitahu mangsa ada sesuatu yang tidak elok di badan mangsa itu dan perlu dimandikan dengan air bunga.
"Mangsa bersetuju, kemudian isteri suspek menyediakan mandian air bunga di dalam bilik air. Ketika itulah, bomoh itu merogol mangsa.
"Mangsa tidak ada kuasa untuk melawan kerana keliru serta takutkan bomoh itu. Perbuatan itu berterusan kira-kira 20 kali. Akhirnya mangsa tidak kembali kepada suaminya kerana rasa bersalah," katanya.
Dody berkata, bomoh itu tidak mahu bertanggungjawab selepas mangsa hamil.
Susulan itu, katanya, mangsa melaporkan kejadian ke Balai Polis Daerah Indragiri Hulu dan kes itu masih dalam siasatan.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan