Raja Noraina Raja Rahim
SERDANG: Polis masih memburu pengamal perubatan warga asing yang disyaki merogol seorang wanita berusia 30an di Puchong, kira-kira tujuh tahun lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Izuddin Ab Wahab berkata, laporan dibuat mangsa pada bulan lalu.
"Mangsa mendakwa diserang secara seksual oleh suspek dan dipaksa melakukan perbuatan itu di dalam kenderaan miliknya. Kejadian berlaku di kawasan Puchong.
"Setakat ini, polis sudah merakam keterangan mangsa dan sedang mengesan beberapa saksi lain yang dipercayai dapat membantu kes ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Izuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek dan sedang giat mengesannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan