BuletinTv3
Mohd Sabree mengaku tidak bersalah tendang isteri di Mahkamah Majistret Muar. – FOTO: NSTP
MUAR: Lelaki yang menendang isteri kerana ‘banyak tanya’ dihantar ke Penjara Sungai Udang di Melaka selepas gagal membayar ikat jamin RM3,000, hari ini.
Tertuduh, Mohd Sabree Beduh, 34, yang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, terlebih dahulu membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya.
Pengakuan itu dibuat sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Norfarah Syahidah Mohd Noh.
Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya berusia 32 tahun di sebuah rumah di Seri Menanti, di sini, pada 11.30 pagi, 11 Oktober lalu.
Berikutan itu, tertuduh yang bekerja kampung didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Siti Rohaya Salih, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin, namun gagal membayarnya.
Mahkamah menetapkan 1 November depan untuk sebutan semula kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan