Ingatkan kepak ayam, rupanya kaki katak

KOSMO!
Gambar daging yang didakwa kaki katak tular di laman Twitter, hari ini
PETALING JAYA – Orang ramai terkejut setelah melihat gambar sepinggan kaki katak yang dijual bersebelahan ikan dan ayam tular di laman Twitter, hari ini.

Menurut hantaran sama, kaki katak tersebut dijual secara terbuka di sebuah pasar raya terkemuka di Selangor.

“Hati-hatilah apabila membeli barang basah di pasar raya ini. Jangan tersalah beli.

“Ingatkan ayam atau burung puyuh, rupa-rupanya kaki katak,” katanya di ruangan kapsyen.

Dalam ruangan komen, netizen mengakui pemandangan tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana kawasan tersebut dipenuhi oleh warga asing.

“Dulu pasar raya sama pernah tular. Kalau nak beli makanan laut bolehlah. Tetapi yang lain macam tidak yakin. Jadi saya terus elakkan,” kata Asma.

“Katak ini haram dimakan sahaja. Dijual dengan makanan lain rasanya tidak ada masalah. Katak diharamkan untuk dimakan kerana terdapat larangan membunuhnya dari Nabi SAW, bukan kerana haiwan tersebut dikategorikan sebagai najis,” katanya Izwan.

“Loyanya,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 2,930 tanda suka dan 452,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan