PBB: Lebih 338,000 penduduk tinggalkan kediaman di Gaza

Bernama
Konflik antara Palestin-Israel yang memuncak menyebabkan lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. (Gambar AP)
MOSCOW: Lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka sejak konflik antara Palestin-Israel memuncak, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Rabu, lapor Sputnik.

“Perpindahan besar-besaran di seluruh Semenanjung Gaza berterusan. Jumlah kumulatif penduduk yang hilang tempat tinggal meningkat sebanyak 30% dalam tempoh 24 jam yang lalu, kini berjumlah 338,934,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan.

OCHA menambah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin kini menempatkan sebanyak 218,597 penduduk yang hilang tempat tinggal, atau 65%, di 92 sekolah manakala 14,837 penduduk lain telah mencari perlindungan di 18 sekolah Pihak Berkuasa Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan