HarapanDaily.com
Ketirisan pengedaran beras terus dibongkar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu tiga lagi kilang di Kedah, semalam.
Siasatan SPRM kali ini menjurus kepada penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang berlesen.
Penyelewengan itu membabitkan penipuan resit pembelian padi di kilang tersebut serta jumlah berat padi yang dijual di kilang tidak sama dengan nilai subsidi yang dibayar kepada petani.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan