Wong Kang Jia
Ralat pada sistem komputer mahkamah menyebabkan pemimpin Bersatu Wan Saiful Wan Jan mendapat status dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah hari ini.
Bagaimanapun, ia hanya untuk tempoh singkat 30 minit.
Pada permulaan prosiding mahkamah, berlaku kesilapan pada sistem komputer yang menyebabkan 18 pertuduhan terhadap pengubahan wang haram terhadap Wan Saiful tidak dapat dibaca.
Ia menyebabkan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azura Alwi membuat keputusan DNAA sementara menunggu kes dipindah ke kamar mahkamah yang lain.
Pembebasan itu bagaimanapun hanya bertahan sebentar saja dan pertuduhan terhadap Wan Saiful dibacakan sekali lagi, kali ini di hadapan lain pula Suzana Hussin.
Bekas ketua penerangan Bersatu itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi semua pertuduhan.
Bercakap kepada pemberita selepas dituduh, anggota parlimen Tasek Gelugor mempersoal bagaimana semua itu boleh berlaku.
“Kalau sekiranya ini dirancang dengan baik, dilakukan dengan baik, saya rasa tak jadilah.
“Tak adalah sampai DNAA buat sebelum dituduh.
“Saya tak tahu ada orang lain pernah kena DNAA tanpa dituduh,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan