Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
BOMBA menyelamatkan pemandu kereta yang tersepit selepas kenderaan itu kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang Lebuhraya Utara Selatan di sini, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Kajang: Pemandu kereta cedera akibat tersepit, sementara dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang Lebuhraya Utara Selatan di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.07 pagi dan susulan itu, sembilan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan membabitkan BMW yang terbabas di mana terdapat tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita.
"Pemandu lelaki tersepit, manakala dua lagi mangsa tercampak keluar namun mereka selamat.
"Pemandu yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa empat minit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, semua mangsa diserahkan kepada pihak kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan