Fitnah tunggang isu Palestin, mengapa kamu jahat sekali?

HarapanDaily.com

NORMAN RADZUAN

Palestin dan Israel yang berperang, kita di Malaysia yang berantakan sesama kita. Kenapa ia berlaku?? Isu Palestin telah digunakan untuk dipolitikkan seperti isu-isu sebelum ini iaitu isu bangsa dan agama.

Jika sebelum ini Kerajaan Perpaduan ini difitnah barua Cina, gabungan ini difitnah tidak benarkan azan di masjid, gabungan ini tidak Islamik dan bermacam-macam lagi yang sungguh menjijikkan, kali ini isu Palestin juga ditunggang untuk memfitnah.

Kamu tidak boleh menyerang isu rasuah, kamu tidak boleh menyerang isu ekonomi, kamu hasut orang Melayu membenci dengan menunggang isu-isu agama yang menjadi mainan fitnah.

Saya pernah katakan pembangkang sangat bimbang jika Kerajaan Perpaduan ini dilihat wira membela nasib Palestin. Itu sahaja motifnya.

Sebab itu sampai isu Palestin pun ditunggang untuk membina persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan ini tidak cukup Islam sebaliknya dengan mereka Islam mampu dibela.

Apa sahaja yg dilakukan dikritik. Kerajaan beri sumbangan dikritik, kerajaan solidariti dikritik. Pendek kata, apa sahaja semua tidak kena.

Sepatutnya, isu Palestin ini membuatkan kita bersatu. Kita lupakan sengketa politik tetapi isu Palestin membuatkan kamu lagi menggila. Fitnah sudah menjadi bahan murahan.

Sanggup kamu letakkan bendera Israel di belakang wajah Perdana Menteri Malaysia. Ia sudah sangat melampau. Saya setuju dengan kata PMX tindakan ini biadap dan melampau.

Ingatlah kamu Islam, kami juga Islam. Kamu solat kami pun solat. Kamu cintakan agama, kami pun sangat cintakan agama.

Kita sembah Tuhan yang sama dan hanya berbeza fikrah politik. Tapi kamu sanggup menghina pihak yang lain hanya kerana mahu gunakan ia untuk menanamkan minda orang Melayu yang lemah ini.

Kamu berkopiah tetapi mengapa buruk sangat akhlak kamu. Kamu merancang Allah juga merancang.

Ingat dahulu kamu merancang menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri tetapi siapa tahu walau tuan punya tubuh sendiri tidak menduga tetapi apabila Allah mengkehendakinya jadi, maka jadilah “Kun Fayakun.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan