'Hari kemenangan akan tiba'

Suraya Ali
suraya.ali@bh.com.my
KANAK-KANAK Palestin lari menyelamatkan diri dari serangan udara rejim Zionis yang mengebom kawasan Rafah di selatan Semenanjung Gaza. FOTO AFP
KANAK-KANAK Palestin lari menyelamatkan diri dari serangan udara rejim Zionis yang mengebom kawasan Rafah di selatan Semenanjung Gaza. FOTO AFP
Kuala Lumpur: "Kami tidak akan menyerah, kami tidak akan bersedih, kami tidak akan meratapi nasib, kami akan terus menunggu kemenangan Palestin. Pada hari itu, tanah air kami yang dirampas akan kembali menjadi milik kami semula."

Begitu kata adik beradik, Nour, 30, dan Hadeel A Shaat, 38, yang juga adik serta kakak ipar kepada Nurul Ain Haron, 37, rakyat Malaysia yang kini berada di Khan Yunis sejak 1 Oktober lalu.

Nour berkata, mereka bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Malaysia yang bersolidariti dan terus menyebarkan perbuatan zalim Israel terhadap penduduk Palestin.

Menurutnya, dia dilahirkan dalam keadaan negaranya dirampas oleh Zionis dan asas kehidupan mereka musnah.

"Semua itu tidak akan mampu mengubah hati kami, tanah ini tanah air kami, kami akan pertahankannya," katanya ketika dihubungi BH, awal pagi semalam.
NURUL Ain (empat dari kanan) dan suaminya Mohamed Adan (lima dari kiri) bersama ahli keluarga mereka di Khan Yunis, Semenanj emenanjung Gaza.
NURUL Ain (empat dari kanan) dan suaminya Mohamed Adan (lima dari kiri) bersama ahli keluarga mereka di Khan Yunis, Semenanj emenanjung Gaza.
Nour dan Hadeel yang berasal dari Khan Yunis kini menetap bersama keluarga selepas kediaman mereka musnah akibat dibom.

Ditanya apa yang membuatkan mereka nekad dan kekal bersemangat, dua beradik itu berkata, mereka percaya hari kemenangan akan tiba.

"Setiap hari kami ada impian baru, setiap hari ada cerita baru, setiap hari ada bayi lahir, setiap hari mereka yang syahid ada kisahnya sendiri.

"Tetapi kami tak akanputus asa, beritahu seluruh penduduk dunia kami akan kekal di bumi Palestin. Kami tak akan menyerah," katanya.

Nour yang kini hamil anak kembar pertamanya berkata, dia sedikit pun tidak bimbang dan berserah sepenuhnya kepada Allah.

"Hanya Allah pelindung kami, tidak ada ubat-ubatan, tidak akan ada apa-apa lain yang melindungi kami selain Allah," katanya.

Selain Nour, kakaknya juga baru mendapat khabar gembira apabila hamil cahaya mata kelima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan