Liverpool 'rosakkan' rekod gah Man City

AFP
ALEX-Arnold meraikan jaringannya. FOTO AFP
ALEX-Arnold meraikan jaringannya. FOTO AFP
Manchester: Liverpool menamatkan rekod kemenangan 23 perlawanan Manchester City di Etihad selepas pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terikat 1-1, hari ini.

Jaringan Trent Alexander-Arnold 10 minit sebelum tamat perlawanan memberikan satu mata berharga buat pelawat selepas gol ke-50 Erling Haaland dalam Liga Perdana meletakkan City di depan.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan teratas itu hanya dibezakan satu mata dan Arsenal berpeluang merampas tempat teratas dari City jika mereka menang di Brentford.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp meluahkan rasa kurang senangnya sebelum sepak mula selepas rehat antarabangsa, yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai pemain yang beraksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia di Amerika Selatan kurang 72 jam lalu.

Gol ke-50 Haaland di Liga Perdana dalam penampilan ke-48nya memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Andy Cole selepas 65 perlawanan.

Bapa bintang Liverpool, Luiz Diaz adalah antara yang menyaksikan perlawanan itu selepas berdepan insiden penculikan di negaranya, Colombia.

Diaz terbabit dalam gol penyamaan Liverpool 10 minit sebelum tamat perlawanan menerusi Alexander-Arnold.

City memberi tekanan untuk mendapatkan gol kemenangan ketika masa kecederaan namun tidak berhasil sekali gus gagal melakar kemenangan di tempat sendiri sejak 31 Disember tahun lalu.
-hmetro 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan