Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan individu dikenali sebagai “Mr H” berkait siasatan video perbualan mirip bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Mohammad Agus Yusoff selesai diambil keterangan hari ini.
Tanpa mendedahkan masa dan tempat “Mr H” dipanggil, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata individu berkenaan hadir sejak pagi tadi.
Selain itu, beliau juga meminta Penolong Pegawai J-Kom Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu.
Razarudin berkata demikian selepas ditemui pemberita di Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Agus dengan seorang individu lain.
Agus pada sidang media di Bangi Jumaat lalu mendakwa video itu disunting dan beliau membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan