KOSMO!
Sukhmandeep digilis di hadapan orang ramai yang menghadiri pesta sukan itu. - Ary News
NEW DELHI, India – Seorang lelaki di bandar Batala, negeri Punjab maut selepas digilis sebuah traktor ketika melakukan aksi berbahaya di sebuah festival sukan, lapor laman berita Ary News semalam.
Berdasarkan sebuah rakaman yang tular di media sosial, Sukhmandeep Singh dilihat cuba menurunkan roda traktor yang terangkat ke udara ketika enjin kenderaan itu masih hidup.
Malangnya, traktor itu hilang kawalan dan membelok secara berbahaya ke arah orang ramai.
Ketika Sukhmandeep meletakkan kakinya di atas salah sebuah tayar traktor itu, badannya hilang keseimbangan sebelum dia digilis.
Orang ramai kemudian bergegas membantu Sukhmandeep, namun dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Susulan insiden tragis itu, penganjur acara membuat keputusan untuk menamatkan pesta sukan tersebut. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan