Salah diserang di Liberia, terpaksa dilindungi tentera

BHonline
Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone.
Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone.
MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone.

Insiden mengejutkan itu turut menyaksikan pihak keselamatan menumbuk salah seorang peminat yang cuba mendekati pemain sayap Liverpool itu, sebelum menjatuhkan seorang lagi yang memakai jersi Manchester City.

Rakan sepasukan Salah, Mohamed Abdelmonem pula mengejar salah seorang penyokong yang menceroboh ke dalam padang pada minit ke-89 dan berlari ke arah bintang The Reds itu.

Pegawai pasukan Mesir terpaksa masuk ke padang dan membentuk bulatan mengelilingi pemain 31 tahun berkenaan.

Tentera kemudian mengiringi Salah keluar dan peminat yang cuba mendekatinya berjaya dihalang.

Bekas bintang Aston Villa, Trezeguet menjaringkan kedua-dua gol Mesir untuk dua kemenangan berturut-turut dalam aksi kelayakan Kumpulan A Piala Dunia zon Afrika.

Salah membantu gol kedua Trezeguet dan terbabit dalam gerakan untuk gol pertama.

Sierra Leone menyaksikan pemainnya, Tyrese Fornah dibuang padang pada minit ke-39 dan Abdul Jarju Kabia pada minit ke-99. - AGENS

Mohamed Salah diserang penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone.

Mohamed Salah diserang penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone.
Mohamed Salah diserang penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan