Siasat ugutan bunuh ke atas PM

HarapanDaily.com

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mahu pihak polis menyiasat segera satu ugutan bunuh ke atas Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersiar di aplikasi Tiktok.

Menurut Timbalan Ketua AMK, Kamil Munim, ugutan tersebut dimuatnaik di akaun Tiktok Jayadani89 sejak semalam.

“Sebentar tadi wakil AMK Putrajaya telah pergi ke IPD Putrajaya untuk membuat satu laporan polis berkenaan satu video di Tiktok yang secara terang terangan dan nyata membuat satu ugutan terhadap PM, iaitu yang menawarkan habuan RM5 juta kepada siapa yang boleh membunuh YAB PM oleh pengguna dengan nama Jayadani89 di aplikasi Tiktok.

“Kebelakangan ini kita menyaksikan banyak kenyataan mengancam, bukan dari sudut keselamatan PM tetapi beberapa hal mengenai soal kaum dan agama

“Hak ini jika kita tidak bangkit melakukan sesuatu, saya bimbang akan berlaku keadaan di mana orang tidak lagi ambil peduli atau sewenang wenang membuat kenyataan yang memungkinkan kita menghadapi keadaan radikal atau ekstrem yang mana itu kelak akan memberikan sesuatu yang tidak baik dalam masyarakat majmuk berbilang kaum,” katanya pada sidang media di PICC, tengah hari tadi.

Kamil berkata, akaun tersebut adalah tulen dan pihak AMK Putrajaya telah membuat laporan polis pada pukul 1.43 petang. Manakala AMK cabang lain akan membuat laporan di tempat masing masing selepas ini

“Kita minta pihak berkuasa buat tindakan tegas dan tuntas. Tindakan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan