Adik ipar dinoda selepas bangun subuh

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Ampang Jaya: Polis menahan lelaki warga India disyaki memperkosa adik iparnya di rumah keluarga mereka di Taman Sari Angsana Hilir, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, kejadian mangsa, 16, diperkosa di dalam bilik stor di kediaman mereka berlaku 27 November lalu.

"Suspek pada mulanya berpura-pura mengejut mangsa untuk solat Subuh dan sebaik terjaga dan keluar dari biliknya lelaki itu kemudian terus memeluk dan menarik mangsa ke bilik stor sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Mangsa adalah anak angkat kepada keluarga terbabit tinggal bersama mereka sejak 16 tahun lalu," katanya.

Sumber berkata, trauma dengan kejadian itu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang untuk tindakan selanjutnya.

Bertindak atas laporan polis itu, sepasukan polis kemudian menahan suspek di kediaman itu, 11.30 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan dan suspek sudah ditahan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan