KOSMO!
KLIP video seorang warga Jerman di atas motosikal menjadi tular di Vietnam sejak Khamis lalu. - Foto tuoi tre news
BANDAR RAYA HO CHI MINH – Pegawai polis trafik di Bandar Raya Ho Chi Minh mendenda seorang gadis tempatan berusia 22 tahun dikenali sebagai T kerana seorang lelaki Jerman membonceng motosikalnya tanpa memakai topi keledar dan duduk membelakanginya, lapor portal berita tuoi tre news semalam.
Ketika kejadian, seorang lagi gadis tempatan yang duduk di belakang seorang pemuda berusia 22 tahun merakam aksi lelaki Jerman tersebut menggunakan kamera telefon bombit. Klip video mengenainya tular di media sosial sejak Khamis lalu.
Gadis berkenaan mengaku bahawa dia yang membawa lelaki Jerman tersebut dikenali sebagai Thomas C di atas motosikalnya.
Namun, lelaki asing itu telah kembali ke Jerman.
Pemuda tempatan itu pula mengaku bahawa dia membawa seorang lagi gadis yang duduk di atas motosikalnya dan merakamkan aksi tersebut.
Gadis dan pemuda itu bakal berdepan denda 400,000 dong (RM76.88) hingga 600,000 dong (RM115.31) setiap seorang. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan