MAISARAH AISYA
Tular tangkap layar di media sosial X mengenai suspek yang melanggar pelajar sekolah sehingga maut, rupanya ini bukanlah kesalahan pertama.
Menerusi telegram Edisi Siasat, individu mendedahkan bahawa suspek pernah memukul seorang wanita mengandung di sebuah kedai pakaian.
Dalam laporan polis yang dimuat naik di X itu, wanita itu memaklumkan suspek memaut lehernya dan menumbuk perut serta menolak badannya ke mesin jahit.
“Dia masuk ke dalam kedai dan terus memaut leher saya dan terus menumbuk perut serta menolak badan saya berkali-kali ke mesin jahit.
“Saya mengalami kesakitkan di perut akibat tumbukan kerana saya sedang mengandung dan saya takut jadi apa-apa hal kemudian hari,” tulis kenyataan dalam laporan polis itu.
sumber: Telegram Edisi Siasat.
Bukan hanya dirinya dipukul, mangsa mendedahkan adik dan bapanya yang cuba meleraikan insiden itu turut dipukul suspek.
Malah lebih menyedihkan ibu suspek juga menyatakan rasa tidak puas hati dan mengugut mangsa untuk datang ke rumahnya.
Kes tersebut bagaimanapun senyap dan tiada tindakan diambil terhadap suspek tersebut.
Rata-rata warganet terkejut apabila mengetahui bahawa ini bukan kes pertama dilakukan suspek dan mangsanya adalah wanita mengandung.
“Emak lelaki itu, betul lah orang cakap sakit panas baran ni sakit keturunan. Tengok lah mak pun sama baran.
“Gila tiga orang dia bantai. Tumbuk perempuan mengandung pula tu. Memang tak kisah nyawa dah. Darah peluh zionist.
“Dia asal Kelantan kan tapi polis Kontijen kedah. Sebab kes ni ke dia pindah kedah,” antara komen warganet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan