Senator PAS kantoi selalu tengok ‘blue’?

Senator PAS persoal iklan ‘blue’ selalu keluar di telefonnya, sekali kena sekolah dengan Fahmi

MAISARAH AISYA

Umum sedia tahu bahawa iklan atau kandungan yang muncul di media sosial adalah berdasarkan sejarah lawatan web di telefon bimbit masing-masing.

Menjawab persoalan Ahli Dewan Negara, Hussin Ismail mengenai isu iklan dan kandungan dalam telefon yang tidak terkawal dan mendedahkan perkara tidak elok kepada anak muda.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa agak sukar dalam mengawal algorithm media sosial kerana ia bergantung kepada pemilik telefon tersebut.

“Kebiasannya, iklan yang disajikan adalah berdasarkan benda yang algorithm anggap kita suka, kalau kucing maka produk mengenai kucing akan muncul.

“Isu algorithm ini adalah isu yang agak bermasalah kerana ia bergantung kepada pencarian individu di laman sesawang.

“Saya sarankan bersihkan cache dan padam sejarah lawatan sesawang sebanyak mungkin sebelum beri telefon kepada mereka yang lebih muda,” ujar Fahmi.

Rata-rata warganet bersetuju dengan jawapan Fahmi Fadzil, kerana segala kandungan iklan yang dilihat bergantung kepada pencarian kita.

“Betul, iklan ikut apa kita cari dan tengok. Sebab masa nak pindah haritu, search sofa, sekali dekat Facebook bersepah masuk iklan sofa,” komen pengguna TikTok.

“Tiktok ni pun 100% algorithm. Betul lah saranan Menteri, cuba buangkan semua cache dan history media sosial dulu,” tambah pengguna lain.

“Secara tak langsung, terciduk si Senator tu, macam mana perkara sebegitu berlaku mungkin kerana perbuatan daripada dirinya sendiri,” ujar pengguna media sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan